PENGENALAN

Assalaamualaikum wbt. dan salam sejahtera kepada para pengunjung yang dihormati,


Selamat datang ke blog "Rizbie Homestay". Alamilah pengalaman berharga dan membawa pulang kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan menginap di homestay kami. 
KESELESAAN DAN KEPUASAN ANDA MENJADI KEUTAMAAN KAMI.



PENGENALAN

Rizbie Enterprise (PG0325808-K) ada menyediakan perkhidmatan berupa Homestay / Guest House / Rumah Penginapan Harian yang amat selesa, serba lengkap dengan harga yang berbaloi-baloi di kawasan pelancongan terkenal Port Dickson, N. Sembilan. 
Matlamat utama Rizbie Homestay adalah ingin memastikan agar pengunjung/ pelanggan kami dapat menikmati pengalaman percutian seperti berada di rumah sendiri. 


MAKLUMAT AM BERKENAAN RIZBIE HOMESTAY


Rizbie Homestay terletak di sebuah taman perumahan yang dikenali sebagai Taman Politeknik. Bersesuaian dengan namanya, lokasinya terletak betul-betul bersebelahan dengan pusat pengajian tinggi awam Politeknik, Port Dickson. Lokasinya yang amat strategik menjadikan jarak antara kediaman dan kawasan tarikan utama di sekitar hanya dalam lingkungan radius beberapa kilometer sahaja (sila rujuk kepada ruangan peta yang disediakan)

        

  • Spesifikasi Homestay :
          -  Rumah teres 1 tingkat jenis "A" 3 bilik tidur & 2 bilik air
          -  Lot tengah (intermediate lot)
          
  • Alamat Homestay:
          No 405,
          Jalan Politeknik 6B,
          Taman Politeknik,
          71050 Port Dickson.                                                                                    


  • Lokasi:
          Bersebelahan dengan pusat pengajian tinggi awam Politeknik, Port Dickson.
          (*Kurang dari 2km dari Pantai Peranginan TERKENAL Teluk Kemang)



Sila luangkan masa anda sejenak untuk melihat dan meninjau sekitar blog homestay kami 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Pn. Bie (017-2726234) @ En. Rizwan (012-3976419)